PRU PERTAMA

Dari Perlis hingga ke Sabah

Kita sudah berjaya

Beza antara kini dengan dulu: Daripada konfrontasi Indonesia dan perebutan Borneo Utara oleh Filipina hinggalah kepada perpecahan dengan Singapura.

PILIHAN raya umum pertama yang kusedari dalam hidupku ialah pada tahun 1964. Ketika itu tentunya aku tidak tahu itu tahun 1964. Maklumlah aku baru berusia lima tahun. Aku pun tidak tahu ia adalah Pilihan Raya Umum Pertama Malaysia, masa itu termasuk Singapura. Malaysia baru setahun jagung ditubuhkan.

Hanya tiga perkara yang aku ingat mengenai pilihan raya itu. Pertama, poster-poster berlambang kapal layar bertampal meriah di pohon-pohon kelapa di kampungku, Parit Linau Besar di Johor. Kedua, aku dengar orang kata, kalau hendak kekal dapat pergi haji dengan aman, undilah kapal layar. Ketiga, masa hari mengundi, aku berdiri di tepi parit sebelah titi batang pinang menghala rumah nenek aku. Kedua-dua ibu dan nenekku berpakaian indah dengan selendang putih menunggu kereta untuk ke pusat membuang undi. - Baca Lagi -

Salah Faham Proses Undi

Meluruskan Salah Faham Proses Pengundian

Baru-baru ini masyarakat umumnya cenderung untuk membangkitkan isu-isu yang lebih bersifat persepsi dan sangkaan daripada memberi tumpuan kepada isu yang lebih penting.

Seperti biasa, setelah tamat sahaja pilihanraya, maka pelbagai isu yang akan dibangkitkan terutamanya apabila melibatkan dengan proses pengundian. Sesetengah isu yang dibangkitkan itu mempunyai latar yang kukuh untuk diperdebatkan, ada sesetengah isu pula dibangkitkan sekadar untuk membentuk persepsi buruk hasil daripada salah faham dan kurang informasi yang tepat. Antara isu ulangan yang kerap kali didendangkan adalah penyelewangan pengiraan undi, cubaan melarikan kotak undi atau pun pertambahan kotak undi secara misteri. Isu ini dihangatkan dengan paparan gambar yang dimuat turun dilaman sosial dan kemudian pembawa gambar itu akan menjustifikasi paparan itu untuk membentuk persepsi kepada pembaca.

- Baca Lagi -

404498_276531742406699_852354355_n

PRU-13: Mahu Undi Siapa?

Ramai yang tersenyum sinis apabila Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen awal bulan ini. Kepenatan berspekulasi selama bertahun-tahun tentang tarikh pembubaran parlimen akhirnya terbalas lelah. Calon-calon yang bertanding merebut kerusi DUN dan Parlimen pula umumnya sudah diketahui ramai. Kini hanya menanti hari pengundian yang seakan tidak siapa yang menjamin pasti apa keputusan yang bakal didapati. Politik gila sedang melanda parti yang sedang perintah dan yang mahu perintah. - Baca Lagi -

Di Bawah Lindungan Ka'bah Final

Di Bawah Lindungan Ka’bah (Bahagian Terakhir)

Sambungan daripada bahagian ketiga novel karya HAMKA, Di Bawah Lindungan Ka’bah.

Baca bahagian pertama novel karya HAMKA, Di Bawah Lindungan Ka’bah.

Baca bahagian kedua novel karya HAMKA, Di Bawah Lindungan Ka’bah.

HARAPAN DALAM PENGHIDUPAN

“Ingatkah engkau, Ros, bahawa duhulu ada tinggal berhampiran rumahku ini seorang anak muda bernama Hamid?”

“Masihkah aku tak ingat, anak muda yang baik budi dan beroleh pertolongan daripada almarhum ayahmu.”

“Ah, Ros, saya amat kasihan kepada orang muda itu, dia seorang muda yang hidup miskin, mendapat bantuan daripada ayahku, semasa usianya baru 4 tahun ayahku yang membantunya, dan seketika sekolahnya akan lanjut, ayahku meninggal pula, kemudian meninggal ibunya. Rupanya kerana dia sentiasa dirundung malang, sangatlah dukacita hatinya, berbulan-bulan khabar tidak berita pun tidak, budinya baik sekali, pekertinya tinggi dan mulia; memang dalam kalangan orang-orang yang dirudung malang itu kerapkali timbul budi pekerti yang mulia, timbul dengan baik dan suburnya, bukan kerana latihan manusia.  - Baca Lagi -

Pengganas Nusantara

Pengganas Nusantara

Adakah apabila Azahari Husin dan Noordin Mat Top terkenal sebagai dalang pembuat dan meletus bom dalam serangan-serangan pengganas di Indonesia, maka dilihat bahawa Malaysia merupakan tempat melahirkan penjenayah-penjenayah seperti itu? Sememangnya kedua-duanya, warga Malaysia itu memalukan umat Islam dan rakyat negara ini. Tetapi itu tidaklah bermakna negara ini tempat menghasilkan pengganas apa lagi tempat latihan. - Baca Lagi -

DI Bawah Lindungan Ka'bah 3

Di Bawah Lindungan Ka’bah (Bahagian 3)

Sambungan daripada bahagian kedua novel karya HAMKA, Di Bawah Lindungan Ka’bah.

Baca bahagian pertama novel karya HAMKA, Di Bawah Lindungan Ka’bah.

TEGAK DAN RUNTUH

Telah berlalu kejadian itu dan ianya telah memberi kesan ke dalam jantung saya; rupa-rupanya kedukaan dan cubaan mesti diturunkan kepada manusia secukup-cukupnya dan sepuas-puasnya, menanglah bagi siapa yang tahan. Sejak kematian itu, tidak beberapa kerap lagi saya datang ke rumahnya, saya karam dalam permenungan, memikirkan hidup saya di belakang hari, sebatang kara di dunia ini. - Baca Lagi -

Soren Kierkegaard Present Age

Lemas dalam Kebanjiran Maklumat

Sungguh sukar untuk mencari restoran biasa yang tidak ada televisyen. Kalau restoran mewah dan eksklusif mungkin baru tidak ada televisyen. Saya hendak makan dengan tenang, bersembang secara bertumpu, tanpa gangguan daripada televisyen. Tetapi restoran mamak atau tomyam, rata-rata pasti mempunyai televisyen. Seolah-olah televisyen itu menjadi salah satu menu wajib dalam restoran itu. Mungkin juga pengendali restoran percaya bahawa tanpa televisyen, tidak akan ada pelanggan. Atau memang pun manusia sekarang memerlukan televisyen di depannya ketika makan.  - Baca Lagi -

Tugu Chairil Anwar

Chairil Menjadi Kaku

MENULIS ialah mencipta ruang kesepian, dan dalam kesepian penulisan berakhir dan bermula. Di ruang kesepian ini, penulisan tidak lagi berlangsung atau berbicara kerana pengarang tidak lagi ada. Ia sudah mati; dan ia ingin dihidupkan semula. Di ruang kesepian ini, pembaca menghadirkan diri – ibarat Sang Orpheus yang turun ke lembah maut mencari isterinya Eurydice – bagi menyusun semula sisa kata-kata tinggalan si penulis. Pembacaan ialah membangunkan semula ruang yang telah musnah; tetapi setiap pembaca mengusahakan kerjanya dalam suasana serba gelap dan terpinga-pinga. Lantas, secara ironi dan kerap kalinya, pembacaan juga adalah kegagalan mencipta ruang tersebut. - Baca Lagi -

KJ dan Rafizi

Politik Menurut Saya

Pucuk Hijau

Ketika mula belajar di Universiti pada tahun 2006, saya mempunyai kegilaan yang luar biasa terhadap dunia politik Malaysia. Kegilaan saya ini dicetuskan oleh rasa hinaan apabila merasa diri tiada apa-apa nilai yang boleh menyaingi rakan-rakan Universiti yang rata-rata hadir dengan minat yang berlainan dan mengagumkan. Selaku pelajar yang pasif dalam sukan, saya memilih untuk aktif dalam dunia yang tidak memerlukan peluh jantan untuk menitik. Saya bermula dengan membaca akhbar-akhbar politik picisan yang terjual secara mingguan atau bulanan. Apa nama akhbar itu, saya tidak mampu untuk mengingatinya kembali. Tetapi, apa yang masih saya ingat terdapat cerpen-cerpen politik yang mengunakan nama haiwan sebagai dukungan watak untuk mengambarkan politikus-politikus yang sedang bertarung hangat di arena politik negara. Kini saya merasa, cerpen-cerpen itu tidak lebih daripada sebahagian satira politik yang keterlaluan dan berlebihan dalam mengambarkan musuh politik mereka. - Baca Lagi -

Peta Bahasa Nusantara

Menyuburkan Bahasa, Menyemarakkan Pemikiran

Banyak bahasa di dunia yang kini sudah tiada. Termasuklah bahasa-bahasa besar seperti Latin dan Sanskrit. Kini banyak perkataan Latin terdapat dalam bahasa Itali, Sepanyol, malah juga Inggeris. Begitu juga dengan Sanskrit. Perkataan-perkataan dari bahasa itu turut diwarisi bukan saja ke dalam Hindi tetapi juga ke dalam bahasa Melayu, Thai dan Khmer. Ini kerana Sanskrit pernah menjadi bahasa pemikiran di Nusantara ketika wilayah ini menganut Hindu dan Buddha. Setelah datangnya Islam, maka pemikiran wilayah ini kuat dipengaruhi bahasa Arab. - Baca Lagi -

Hamid Dan Zainab

Di Bawah Lindungan Ka’bah (Bahagian 2)

Sambungan daripada bahagian pertama novel karya HAMKA, Di Bawah Lindungan Ka’bah.

APAKAH NAMANYA INI?

Saat yang ditakutkan itu pun telah datang; dengan hati riang, bercampur masyghul, saya terpaksa meninggalkan bangku sekolah. Riang, kerana saya telah beroleh diploma dan masyghul kerana berpisah dengan bangku sekolah dan dengan teman-teman. - Baca Lagi -

Tamadun Maya

Maya Semata-mata, Bukan Hakikat

Jumaat lalu kaum dan tamadun Maya menjadi terkenal di seluruh dunia. Mereka yang tinggal di semenanjung Yucatan, Mexico itu menjadi tumpuan kerana kalendar purba warisan tamadun maya berakhir pada 21 Disember lalu. Kalendar yang hebat ini bermula dari 11 Ogos 3114 sebelum Masihi. Maka putaran kalendar ini berakhir Jumaat lalu. Ia berakhir dalam zaman tamadun Maya sudah lama dimusnahkan oleh penjajah Sepanyol. - Baca Lagi -

islam-kaba-close

Di Bawah Lindungan Ka’bah (Bahagian 1)

Di Bawah Lindungan Ka’bah merupakan novel pertama dikarang oleh Buya Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) pada tahun 1938. Ditulis sewaktu beliau bekerja sebagai editor sebuah majalah Islam mingguan di Medan. Novel ini mengisahkan tentang perjuangan kehidupan pasangan muda Minang yang keduanya daripada dua latar belakang sosial yang berbeza.  - Baca Lagi -

Pergelutan Akal Dan Hati

Kesempurnaan Akal Budi

Manusia merupakan makhluk yang tidak seimbang. Dikatakan tidak seimbang kerana ratusan konflik kemanusiaan yang telah terjadi dan masih terjadi1. Konflik adalah perselisihan dan perselisihan adalah akibat daripada ketidakseimbangan. Antara bukti yang nyata dapatlah kita saksikan menerusi sejarah manusia. Kitaran antara peperangan dengan keamanan atau penindasan dengan keadilan adalah pergelutan untuk mencapai keseimbangan yang masih belum pernah dicapai secara hakiki. - Baca Lagi -

Parlimen Mesir

Pertikaian Draf Perlembagaan

Pergolakan di Mesir dengan berlakunya pertembungan antara penyokong dan penentang Presiden Mohammed Mursi tentu merupakan suatu yang mendukacitakan bagi umat Islam di seluruh dunia. Setelah kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, maka umat Islam mengharapkan Mesir akan bukan saja stabil tetapi maju dan menduduki di tempat yang selayaknya bagi negara penuh bersejarah itu. - Baca Lagi -

Kumbang Nasib Baik

Kumbang Nasib Baik

Ah, perkara ini memang merunsingkan.

Dahulu, dia pernah jelas akan perkara ini. Sangat jelas, walaupun dia arif benar jalan seni reka grafik ini kemuncupnya banyak. Kemuncup aurat dan objektifikasi wanita yang sering melekat pada kanvas karier seorang perekabentuk grafik – Graphic Designer bak kata orang atas angin, tempat asal dia menuntut dan mendalami ilmu ini. - Baca Lagi -

Charlie Chaplin dalam Modern Times

Hakikat Kemodenan Dunia

Perkataan moden boleh ditakrifkan secara pelbagai dengan sudut pandangan berbeza yang boleh menyemarakkan perbahasan sehingga tidak ada penghujungnya. Akan tetapi untuk memudahkan perbincangan amat ringkas ini, tafsiran moden yang hendak ditetapkan adalah zaman apabila manusia menilai alam sekelilingnya menurut pemahaman sains. Sains juga mempunyai pelbagai takrifan. Ada yang menyamakan istilah sains dengan ilmu. Perkara ini juga tidak ada penghujungnya. - Baca Lagi -

Writing-writing-27233223-1600-1200

Grafomania

Menjadi prolifik ialah suatu penyakit penulisan. Kerana seorang pengarang itu tidak akan berhenti menulis. Kerana seorang pengarang itu akan sentiasa membaca dan ulang membaca apa sudah dibacanya atau yang belum dan ingin dibacanya. Kerana seorang pengarang itu mengabaikan kehidupannya. Dia akan menceraikan tubuhnya. Dan dia akan mati. Dia akan mati untuk hidup abadi dalam kata-kata dan kalimat yang diturunkan di atas kertas. Seperti kata Flaubert, “Menulis menjadi suatu cara untuk hidup.” - Baca Lagi -

Cerita Ajaib Islam

Merasionalkan Kisah Ajaib Dalam Agama

Dalam mana-mana sejarah agama dunia, unsur mistik dan keajaiban memang tidak dapat dinafikan. Setiap agama di dalam dunia miliki nilai dan unsur yang boleh dianggap sebagai kesaktian sebagai bukti kehebatan dan kebenaran agama tersebut. Secara umumnya, unsur mistik dan ajaib yang dimaksudkan ialah situasi, keadaan atau kebolehan luar biasa yang tidak mampu dimiliki oleh manusia normal dan tidak mungkin berlaku menurut logik pemikiran manusia. Namun kadang kala, keajaiban yang disangka ajaib itu hanyalah sebahagian daripada kedangkalan ilmu manusia yang masih belum mampu memahami logik alam ini.  - Baca Lagi -

Lukisan Perang Melaka-Portugis

Andai Melaka Berjaya

Dalam buku Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (2008), penulisnya Datuk Zahari A. Rashid ada menulis seperti berikut: 

Buku Abdullah Munsyi

“Penulis pernah melihat sendiri sebuah lukisan yang dipamerkan di Military Museum, Lisbon dalam lawatan pada tahun 1970-an. Lukisan itu menggambarkan adegan pertempuran askar Portugis dengan hulubalang Melayu di kaki bukit Melaka. Pada latar belakang lukisan tersebut jelas kelihatan sebuah masjid yang dibina daripada batu. Rombongan kami telah ditunjukkan juga sepucuk meriam yang luar biasa panjangnya yang telah diangkut balik oleh Portugis dari Melaka.” - Baca Lagi -

budaya kritik dan kritis

Budaya Kritik dan Kritis

Semenjak Pilihanraya Umum ke-12 berlangsung, budaya kritik dan kritis semakin membugar dalam masyarakat kita di Malaysia. Keterbukaan dan kebebasan ini bergerak seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat. Kepesatan perkembangan ini menyebabkan makcik-makcik di kampung juga sudah bisa memberikan kritikan terhadap jirannya melalui ruang laman sosial. Semua orang kini sudah mampu mengkritik idea dan tindakan orang lain. Namun, apakah sebenarnya budaya kritik dan kritis yang kita ingin semai dalam masyarakat kita? - Baca Lagi -

Nostalgia Merdeka

“Esok Jangan Panggil Kami Tuan”

Khamis lalu, 30 Ogos 2012, aku membawa ayahku ke RSAT untuk pemeriksaan kesihatan berkalanya. RSAT adalah panggilan askar terhadap hospital mereka di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur. Ia kependekan kepada Rumah Sakit Angkatan Tentera. Sebenarnya itu nama lama. Mana ada orang sekarang panggil hospital rumah sakit. Nama kini ialah Pusat Perubatan Kementah (Kementerian Pertahanan). Kalau aku masuk ke pintu pengawal dan memberitahu askar bertugas itu bahawa aku mahu pergi ke hospital, dia akan jawab “Apa?”. Jadi aku kena sebut “RSAT”. - Baca Lagi -

Kemiskinan

Untuk Dia, untuk dia

Di celah-celah kemewahan kota
Seorang tua termenung jua
Kudung, tidak bermaya
Ketayap bertompok, pakaian rabak
Di saat manusia lain mencari harta
Dia cuma mampu bermuhasabah
Apakah silap, di manakah salah
Tiada siapa yang endah
Tangisan duka menjadi peneman
Jalan merawat tekanan
Seketika kemudian, dia kembali bekerja
Sepasang kasut harus diperbaiki
Demi mencari sesuap nasi. - Baca Lagi -

Erdogan dan Isteri

Ikon dan Wanita

Apa makna ikon? Asalnya ia merupakan istilah yang berkaitan agama. Seperti juga idola. Perkataan idola kini sudah digunakan dengan meluas. Maknanya ialah orang yang dipuja, Seringkali ia merujuk kepada selebriti hiburan atau sukan walaupun ia boleh juga digunakan untuk bidang lain seperti politik dan perniagaan. - Baca Lagi -

Poster SAM

SAM (2012) : Sinar Anak Muda Syafiq Yusof

Aku amat terkejut dengan budak sekor ni, anak Yusof Haslam. Syafiq Yusof. Woooh.Dan peliknya, filem baik ini ditayang waktu raya. Bagi aku, sebelum Fantasia, filem ini adalah antara filem terpelik yang pernah ditayangkan waktu raya. Filem ini, buat aku amat sesuai (sepertimana filem baik Indonesia, The Raid dan Eraserhead David Lynch) dimasukkan dalam slot festival filem Midnight Matinee yang menayangkan filem-filem gelap yang menarik (tidak semestinya seram sahaja). Filem ini adalah contoh sesebuah yang boleh diangkat.  - Baca Lagi -

Zionisme

Zionis Sebenar

Ramai dalam kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna Land of Israel. - Baca Lagi -

Merdeka

Merdeka Membawa Maksud Berdikari

GERAKAN kemerdekaan pertama berlandaskan nasionalisme di Asia Tenggara datangnya dari Filipina dipelopori Jose Rizal.

Justeru Filipina menjadi republik pertama Asia Tenggara apabila Emilio Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan dari Sepanyol pada 12 Jun 1898. Tetapi Sepanyol yang kalah perang dengan Amerika Syarikat telah menjual Filipina dengan harga AS$20 juta. Serta merta Washington menolak kemerdekaan itu. Hanya selepas Perang Dunia Kedua, barulah Filipina merdeka. Namun begitu Parti Federalista tidak mahu merdeka. Mereka mahukan Filipina masuk Amerika Syarikat. - Baca Lagi -

Dunia Kiamat

Evolusi Pemikiran Kiamat dan Akhirat

KIAMAT. Al-Quran menceritakan mengenai kiamat. Dengan hadis, kisah mengenai kiamat lebih panjang. Dalam tradisi agama Yahudi dan Kristian, kisah kiamat juga tidak jauh berbeza dengan Islam. Tetapi dalam agama Hindu, Buddha, Tao, Kungfutze, tiada konsep kiamat seperti agama ahlul kitab. Mereka percaya kepada kitaran karma, orang mati dilahirkan semula berkali-kali. - Baca Lagi -

Interviu Bersama Encik Prakata

Nama Aku Encik Prakata

Dia selalunya tidak ada nama. Orang hanya mengenalinya sebagai Encik Prakata.

Mari kita jujur dahulu dengan diri kita: sebuah buku sebenarnya tidak memerlukan prakata. Kita tidak peduli pun. Buat apa nak baca? Kita beli novel kerana ceritanya – bukan prakata milik pengarang lain. Tetapi ia akan ada saja di situ, menunggu kita mencarinya bagai suara yang menanti dihulurkan mikrofon. - Baca Lagi -

Poster Agenda PAS

Peranan Parti Politik Islam

Saya ada seketika mempunyai pendirian bahawa parti politik tidak wajar terlibat dalam kegiatan sosial, pendidikan dan ekonomi. Dalam tulisan ini saya khususkan kepada peranan PAS sebagai parti politik Islam. Jika PAS terlibat dalam kegiatan-kegiatan tersebut, tumpuan terhadap politik akan tertumpu dengan mengendalikan projek-projek sosial, pendidikan dan ekonomi yang merenyahkan. - Baca Lagi -

Masjid Kristal

Wawasan 2050

Jika Tun Dr Mahathir terkenal dengan idea luar biasanya iaitu Wawasan 2020 di mana ia menyasarkan Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri, maka tidak salah jika penulis mengambil gagasan idea itu tetapi menjadikan sasarannya lebih ke hadapan dan penulis namakan ia sebagai Wawasan 2050. Intipati dan huraiannya menyusul bersama rantaian coretan ringkas ini. - Baca Lagi -

Ibarat Rupa Persimpangan Dunia

Rupa Persimpangan Dunia Kini

Sabtu lepas, majlis pembukaan temasya sukan Olimpik dianggap paling bersejarah dari segi gilang-gemilangnya. London boleh senyum bergaya. Pesta Olimpik merupakan perhimpunan kemanusiaan terbesar yang berjaya menyumbangkan perasaan kesejagatan sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik melalui semangat kesukanan. - Baca Lagi -

Nostalgia 1968

Hidupku Dikelilingi Wanita

Suasana yang sering aku kenang-kenang dan berasa seronok untuk diingati ialah ketika aku berusia antara dua hingga lima tahun. Sememangnya banyak perkara dalam waktu itu, kebanyakannya sudah kita lupa. Ia merupakan waktu-waktu hayat manusia yang sudah dilupakan. Seolah-olah otak manusia membenamkan saja memori waktu usia yang istimewa itu. - Baca Lagi -

Hasan_Al_Banna_by_rainattack

Pahit Manis Kemenangan Mursi

Kejayaan wakil Ikhwanul Muslimin, Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir adalah bersejarah, penuh harapan tetapi ia adalah kemenangan pahit dengan menghadapi cabaran berlapis-lapis. Paparan dari media antarabangsa menunjukkan rakyat Mesir bergembira dengan kemenangan beliau dan penyokong-penyokong Ikhwan melakukan sujud syukur. Perkembangan bersejarah itu, bukan saja bagi Mesir tetapi juga bangsa Arab, rantau Timur Tengah dan umat Islam. - Baca Lagi -

Muhammad Ibn Abdul Wahab

Wahabi, Istilah Yang Ditakuti!

Antara ketakutan dalam diri manusia adalah apabila dia diberikan suatu gelaran yang membawa maksud yang buruk dalam masyarakat, ‘Wahabi’ merupakan contoh gelaran yang ditakuti apabila seseorang itu berada di dalam lapangan agama. Masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya memahami istilah Wahabi ini merujuk kepada segelintir golongan umat Islam yang mempunyai tafsiran dan pemahaman yang berbeza mengenai soal ibadat. Contohnya, apabila seseorang itu tidak membaca doa Qunut ketika solat subuh, maka dia akan dituduh sebagai penganut fahaman Wahabi. Begitu juga jika seseorang itu menolak mengadakan majlis kenduri arwah, maka dia juga akan dituduh sebagai Wahabi. Secara ringkasnya, apa sahaja pandangan atau pendapat yang melawan arus pemikiran perdana umat islam di Malaysia, maka berkemungkinan besar si pembawa idea atau pendapat itu akan digelarkan sebagai Wahabi. Persepsi ini merupakan satu stigma pemikiran yang yang telah lama mendominasi pemikiran tradisionalis umat Islam di Malaysia. Penulisan ringkas ini tidak menjuruskan benar atau salah fahaman ini, namun sekadar santapan ringkas agar ilmu dan pemahaman dapat diluaskan. - Baca Lagi -

Kembali Pada Asas

Kembali Pada Asas

Setelah lama berjuang, ada ketikanya didapati bahawa ditanya ke manakah perjuangan yang hendak dibawa? Memang jelas bahawa landasan perjuangan adalah tetap Islam. Tetapi adakah matlamat perjuangan untuk Islam mash jelas seperti mana ketika mula diterima dan dilancarkan dahulu? Kalau jelas pun, adakah tindak tanduk seharian seseorang pejuang Islam masih berpegang kepada prinsip asal? - Baca Lagi -

HAMKA, Reformis Melayu

HAMKA, Reformis Alam Melayu

Haji Abdul Malik Karim Amrullah lahir pada tanggal 17 Februari 1908 di sebuah kawasan desa kecil Sungai Batang, Maninjau Sumatera Barat. Ahli keluarganya berlatar belakang ulama’ di mana ayahnya iaitu Abdul Karim Amrullah atau dikenali juga sebagai Haji Rasul merupakan seorang ulama’ yang aktif menulis. Ayahnya juga dikenali sebagai pendukung aliran Kaum Muda di mana beliau gigih membanteras amalan khurafat dan bidaah yang berlaku dalam masyarakat ketika itu. Datuknya juga merupakan ulama’ yang cukup berpengaruh di Minangkabau. - Baca Lagi -

Kepelbagaian agama

Agama Elit kepada Agama Rakyat

Manusia pada awalnya hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil, berburu dan mengutip buah-buahan untuk makanan. Dari zaman awal ke zaman akhirnya. Manusia berubah apabila pandai bercucuk tanam. Perubahan daripada kehidupan berburu kepada pertanian adalah suatu perkembangan besar yang sehingga hari ini masih dikaji puncanya oleh ahli-ahli anthropologi. Banyak teori dikemukakan mengenai perubahan daripada perburuan kepada pertanian. - Baca Lagi -

Mangsa kekejaman tentera kerajaan Myanmar
Mangsa kekejaman tentera kerajaan Myanmar

Kegagalan Dunia Islam Terhadap Rohingya

ROHINGYA, ROHANG, RAKHINE dan Arakan adalah istilah-istilah yang mempunyai makna tersendiri tetapi akhirnya merujuk kepada sekumpulan bangsa Islam yang ditekan oleh kerajaan Myanmar. Rusuhan dan pembunuhan terbaru meletus apabila pergaduhan antara suku kaum yang beragama Buddha dengan Islam di barat daya Myanmar. - Baca Lagi -

Wanita di Pasar

Wanita Penggerak Ekonomi

SUKA tidak suka, ia sedang berlaku. Dunia menghadapi kemelesetan ekonomi, akhirnya sampai juga ke negara ini. Banyak orang hilang pekerjaan. Perempuan dan lelaki, yang akhirnya akan menyusahkan kehidupan keluarga. Kalau sudah tiada pekerjaan, tentu hilang pendapatan. - Baca Lagi -

Presiden Kelima Mesir, Muhammad Mursi
Presiden Kelima Mesir, Muhammad Mursi

Hala Tuju Mesir

Musim Bunga Arab yang merujuk kepada kebangkitan demokratik rantau itu bermula dari Tunisia dan kini masih diperjuangkan di Syria mempunyai makna tersendiri di Mesir. Di Mesir, demokrasi telah bergerak dengan pilihan raya umum parlimen berlangsung memberi kemenangan kepada calon-calon Parti Kebebasan dan Keadilan, iaitu sayap parti politik Ikhwanul Muslimin. - Baca Lagi -

Lukisan Michelangelo ' The Creation of Adam' menurut Tradisi Barat
Lukisan Michelangelo ' The Creation of Adam' menurut Tradisi Barat

Bapa Segala Manusia

SEMPENA Hari Bapa yang lalu, maka eloklah diperingati bapa segala manusia, Nabi Adam a.s. Perkahwinannya dengan Siti Hawa mendatangkan zuriat, lelaki dan perempuan yang menjadi nenek moyang semua manusia di muka bumi. Jadi apabila disebut Hari Bapa, ia bukan saja merujuk kepada bapa tetapi juga bapa kepada bapa, iaitu datuk dan bapa kepada datuk, iaitu moyang, dan seterusnya secara bertali arus sebagai kepada Adam, manusia pertama dunia. - Baca Lagi -

Pembunuhan Ikan Paus di Faroe Islands

Akuarium Amy Hempel

MENU utama anda: hidangan udang kara rebus. Tetapi ini bukan sebarang udang kara – dan saya perlu memberi peringatan awal – sesiapa yang mengambil hidangan ini selama tiga hari berturut-turut (dan antara setiap hidangan itu anda mendengar Simfoni Sembilan Beethoven atau menonton Videodrome di tengah malam), anda akan mula mendapati tubuh anda perlahan-lahan berubah menjadi seekor udang atau ikan atau katak atau beruang polar yang boleh bercakap. Semuanya bergantung kepada tahap keobsesian dan kesediaan anda untuk menangguhkan kebenaran. - Baca Lagi -

Filem Iran Children of Heaven

Filem: Interpretasi & Propaganda Islam

APABILA membicarakan soal seni dan Islam, maka ramai yang sukar untuk mengaitkan keduanya secara langsung. Seakan ada pemisahan yang ketara diantara nilai Islami dan juga nilai kesenian. Mendepani masyarakat moden dimana era hiburan dan seni berada di kemuncaknya, agama Islam kelihatan agak jauh terkebelakang dalam memandu masyarakat menikmati hiburan dan seni. Maka ramai masyarakat Islam menganggap hiburan itu sebagai nilai asing di dalam agama, lebih buruk mereka dimomokkan dengan sebahagian pendapat yang mengharamkan seni dan hiburan secara total. Jika ada pun nilai hiburan yang seakan ‘dihalalkan’, ia sekadar nyanyian nasyid yang secara baku didendangkan di khalayak. - Baca Lagi -

Ihya Ulumuddin

Menjadi Al-Ghazali dan As-Syafii

LAGU puisi Damai Abadi berkumandang di radio. Inti kepada lagu ini ialah pencariannya terhadap ilmu dan bukannya wang serta harta benda. Adalah indah cara pemikiran sebegini. Sememangnya terdapat manusia yang mempunyai kecenderongan terhadap ilmu, iaitu dalam erti kata yang luas; dan bukannya harta benda untuk berfoya-foya dan bersenang lenang. Bagi yang mencintai ilmu, bersenang-lenang itu bermaksud bergelumang jiwa dan raga dalam ilmu. - Baca Lagi -

Hargai Isteri

Hargai Isteri

PERTAMANYA, aku maafkan segala kesalahan dan kesilapan isteriku. Bagi seorang suami kesilapan dan kesalahan isteri yang terbesar adalah apa-apa yang menimbulkan rasa cemburu. Lain-lain kesalahan seperti melawan cakap suami adalah perkara kecil. Begitu juga perbuatan seperti malas masak atau seterika baju. - Baca Lagi -

Sains, Fahaman Tradisi dan Agama

Ada empat perkara berhubung dengan agama, fahaman tradisi, sains dan Islam yang menarik untuk dibahaskan.

Agama adalah kepercayaan berhubung dengan ketuhanan. Oleh kerana agama merupakan bidang yang amat tua dalam sejarah tamadun manusia, maka ia mewarisi fahaman tradisi tentang kejadian. Sementara sains adalah bidang baru yang ditemui manusia hanya selepas kurun ke-18, iaitu lepas manusia melalui proses Renaisans, Enlightenment dan Revolusi Sains. Walaupun sains mempunyai susur galur purba daripada peradaban Sumeria, Mesir Tua, Yunani, Rom dan Islam, tetapi bidang yang difahami hari ini terbentuk hanya selepas Renaisans di Itali dan Enlightenment di Barat. - Baca Lagi -

Imaginasi Pelukis Tentang Kuil Sulaiman

Masjidil Aqsa dan Kuil Sulaiman

SEJARAH silam boleh dilihat daripada dua sudut. Dari kaca mata Islam, atau dari kaca mata Barat. Bagi dunia Barat, mereka mengenali Raja Sulaiman yang dipanggil sebagai King Solomon sebagai raja orang Yahudi yang membina rumah ibadatnya, tentunya beragama Yahudi, yang dikenali sebagai Solomon’s Temple. Tentu apabila diterjemah, ia dalam bahasa Melayu, ia menjadi Kuil Sulaiman. - Baca Lagi -

p ramlee

Gila Bayang Hitam Putih

MENGAKU sajalah, kita sebenarnya gilakan hantu. Tun Dr. Mahathir yang memulakan polemik itu, mengungkapkan dengan pemahaman terkini pesudosainsnya bahawa anak perempuan Melayu (sahaja) apabila mendengar kisah hantu, akan terguling-guling meroyan “Histeria”*. - Baca Lagi -

Cendiakawan Islam Membaca

Peradaban Melalui Gila Buku

Komuniti buku boleh juga disebut dengan nama umat buku, atau umat kitab; maknanya sekumpulan manusia yang terlibat buku secara banyak. Sememangnya dalam zaman ini, hampir semua orang sedikit sebanyak pasti mempunyai hubungan dengan buku. Tetapi komuniti buku adalah segolongan orang dalam masyarakat yang hidupnya lebih banyak masa dan perhatian diberikan terhadap buku. - Baca Lagi -

martin_amis

Martin Amis: Umpan Baris Pertama

TETAPI malangnya ia tidak ada di sini (iaitu baris pertama). Kerana saya tidak menyediakan umpan buat pembaca. Yang ada hanya sebakul umpan milik Martin Amis yang bila-bila masa akan dicampakkan ke dalam air. Dan jumlahnya banyak sekali – malah begitu menggodakan:

Up to page 166 of Iris Murdoch’s new novel its narrator, Bradley Pearson, seems a reliably emotionless, puritanical, Great-Book pregnant litterateur, deliberate about everything he does (‘I think I’m going to faint’ – not my italics) and so fastidious that colloquialisms as raffish as ‘sexy’ and ‘housewife’ have him reaching for his inverted commas.

 (Dipetik dari esei berjudul Iris and Love) - Baca Lagi -

Isu Pendidikan Seks

Pendidikan Seks Dalam Soal Menangani Gejala Sosial

Isu memperkenalkan pendidikan seks timbul apabila berlaku luasnya gejala pembuangan bayi khususnya dalam kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Maka pendidikan seks yang hendak diperkenalkan ialah bagi menyedarkan remaja khususnya perempuan mengenai kemungkinan berlakunya kehamilan yang boleh mendatangkan masalah. - Baca Lagi -

Politik Emosi

Politik Emosi Cemarkan Demokrasi

Dalam menyifatkan demokrasi sebagai sistem politik terbaik, ia mempunyai beberapa kelemahan yang boleh membawa kacau-bilau kepada negara jika tidak diurus dengan bijak. Antara kelemahan itu ialah apabila keputusan majoriti tidak mendatangkan kebaikan kerana ia dibuat atas dorongan emosi orang ramai, dan bukannya atas pertimbangan rasional. - Baca Lagi -

Satu Perjuangan, Satu Jalan

Satu Perjuangan, Satu Jalan

Langit biru, tompok-tompok putih meliputi permukaan yang tiada berkesudahan
Biru di situ, bukan di sana
Kelompok-kelompok asap membaluti atmosfera
Mata merah menyala, hati membuak-buak
Perjuangan itu wajib, jangan berdalih lagi
Kemenangan sudah pasti
Langit samar-samar. - Baca Lagi -

Islam

Tuhan Untuk Semua Makhluk

Apa perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain? Bagi umat Islam, Islam adalah agama yang benar sementara agama lain ialah palsu. Bila bermulanya agama Islam? Adakah ketika Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu atau sebelumnya? Dalam tradisi Islam memang jelas bahawa Rasulullah SAW bukan pembawa agama baru. Baginda hanya menjadi penyambung dan pelengkap para nabi. Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir. - Baca Lagi -

Barat tentang Moral Islam

Pertikaian Terhadap Moral Islam

Sejak akhir-akhir ini banyaklah usaha di Barat yang memperlihatkan kebencian mereka terhadap Islam dengan projek-projek yang sengaja diada-adakan untuk menghina agama mulia ini. Salah satunya ialah buku yang mengisahkan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina Aishah dengan menunjukkan betapa Ummul Mukminin itu adalah seorang kanak-kanak. - Baca Lagi -

Tauhid

Alam Semula Jadi dari Sudut Tauhid

Apabila dalam bahasa Inggeris disebut dengan istilah nature, maka seringkali ia diterjemahkan kepada alam semula jadi. Istilah nature senang hendak diterima kerana ia merujuk kepada keadaan alam, yang sudah tentunya merupakan ciptaan Ilahi. Tetapi apa yang menjadi masalah ialah istilah alam semula jadi. Ia merujuk seolah-olah alam ini terjadi dengan sendiri. - Baca Lagi -

Ibnu Sina

Penindasan Intelektual

Sebab apa walaupun sudah berkurun-kurun berlalu, gelaran yang disebut sebagai zaman keemasan Islam masih diletakkan pada masa pemerintahan Khilafah Abasiah berpusat di Baghdad dan Khilafah Umayah berpusat di Andalusia? Pemerintahan Khilafah Abasiah di Baghdad dan Umayah di Andalusia berlangsung pada waktu yang hampir-hampir serupa. - Baca Lagi -

Sains Moden

Salah Faham Tentang Sains

Teras Ilmu

Kita sering menyekutukan sains dengan kemajuan teknologi manusia. Apa-apa perkara yang berkaitan dengan teknologi ataupun proses alam akan dikategorikan sebagai sains. Pada zaman sekarang, ilmu sains dianggap penting dan sudah sebati dengan kehidupan seharian. Begitu sebati hinggakan ramai yang merasakan diri mereka kenal dengan sains hanya kerana mereka hidup pada zaman yang serba canggih ini. Pelajaran sains pula telah menjadi subjek wajib bagi hampir kesemua sekolah di seluruh dunia. Walaupun ada sekolah yang menggunakan nama lain, tapi mereka tahu itu adalah subjek yang sama dengan sains secara umumnya walaupun berbeza dari segi prinsipnya. - Baca Lagi -

third-international-communist-meeting

Kecewa Dengan Kekejaman Manusia

Ada seorang insan bernama Zahir. Bukan nama sebenar tetapi untuk memudahkan penceritaan, begitulah dia diberi nama untuk melindungi identitinya. Dalam usia sekitar awal 50-an dan berminat mengenai soal-soal politik, falsafah dan agama. - Baca Lagi -

Idea dikandung buku
Idea dikandung buku

Haramkan Buku Bukan Cara Islam

ADAKAH mengharamkan buku merupakan amalan Islam? Umumnya negara-negara Islam di seluruh dunia mengawal penerbitan buku. Malah hampir setiap negara Islam mengharamkan buku-buku tertentu. Ada kriteria bagi pengharaman itu. - Baca Lagi -

Kesucian Tamadun Islam

Islam Memiliki Tamadun Suci

Keunikan Islam

Islam mempunyai corak pemikiran yang indah, ringkas dan mudah. Ini bukan retorik tetapi cubalah menilai lima konsep Islam ini: Tauhid, Nubuwaah, Kiblat, Kitab dan Khilafah/Imam. - Baca Lagi -

Minda Manusia

Minda Manusia

Manusia dan Minda

Seringkali kita mesti tertanya-tanya, bagaimanakah kita sebagai manusia memiliki kemampuan untuk berfikir. Kemampuan ini pula merupakan salah satu kunci perbezaan antara kita dengan makhluk-makhluk lain di muka Bumi ini. Persoalan ini bukanlah satu persoalan baru yang dihadapi oleh manusia. - Baca Lagi -

Jodoh di tangan siapa

Jodoh di Tangan Siapa?

Orang kata jodoh di tangan Tuhan. Seringkali dirangkaikan pula dengan kata-kata, hidup mati, jodoh pertemuan dan rezeki di tangan Tuhan. Tetapi mengapa jodoh, kematian dan rezeki saja di tangan Tuhan? Tidakkah semua perkara yang berlaku adalah ketentuan dari Tuhan? - Baca Lagi -

Yuri Gagarin, angkasawan pertama ke angkasa lepas
Yuri Gagarin, angkasawan pertama ke angkasa lepas

Godaan Alam Semesta

Kematangan dalam kemanusiaan

Seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka menerokai pelusuk Bumi, umat manusia berpaling pula ke arah angkasa. Secara jujurnya, tindakan penerokaan ini berlaku tanpa disedari secara langsung oleh manusia sendiri. - Baca Lagi -

steve jobs 2

Islam di sebalik tabir Steve Jobs

Pengasas syarikat komputer Apple yang menghasilkan iPad dan iPhone, Steve Jobs tidak ada hubungan dengan Islam. Mendiang yang meninggal dunia Oktober lalu adalah penganut agama Buddha dan dalam hidupnya pernah mendapat bantuan makanan daripada kumpulan Hindu, Hare Krishna di California, Amerika Syarikat. - Baca Lagi -

Mac Apple Space Wallpapers Travel

Bibit Penerokaan Peradaban Manusia

Bagaimana ia bermula

Nama manusia tidak asing lagi dengan sifat penerokaannya. Sudah menjadi sifat dalaman manusia secara kolektif untuk tidak statik di sesuatu tempat. Entah sejak dari bila, tidak dapat kita ketahui dengan persis, manusia telah lama memulakan penjelajahannya ke serata dunia. - Baca Lagi -

Kun Fayakun

“Jadilah!” maka terjadilah ia

Pendahuluan

Sepanjang hayat mereka, umat manusia telah memerhatikan pelbagai jenis bentuk penciptaan. Daripada kelahiran bayi sehinggalah penciptaan monumen agung, sering kali mereka berasa takjub dan kagum dengan penciptaan tersebut. Mereka mula berfikir tentang keupayaan mereka untuk mencipta yang kemudiannya membawa kepada pemikiran tentang ciptaan diri mereka, tentang kewujudan manusia. Dalam pemerhatian tersebut, manusia mula mempersoalkan, jika alatan dan mesin boleh dicipta, maka pastinya mereka juga dicipta oleh ‘sesuatu’. - Baca Lagi -

Potret Rosli Dhobi
Potret Rosli Dhobi

‘Panggilan Mu yang Suchi’

Nama Rosli Dhobi boleh diutarakan bersama-sama dengan Datuk Maharajalela sebagai tokoh nasionalis yang telah membunuh wakil penjajah British. Beliau merupakan pejuang muda Sarawak yang telah dihukum bunuh hanya ketika berumur 18 tahun. - Baca Lagi -

Che_Guevara_red_by_dnobody

Che Guevara dengan Imperialisme

Ucapan Che Guevara pada 30 November 1964

Kejayaan kita telah memberikan dua kesan. Kesedaran rakyat Amerika Latin yang telah melihat  kemungkinan berlakunya Revolusi, telah merasa bagaimana Revolusi mampu untuk dilaksanakan. Bagaimana tidak semua laluan telah tertutup, dan bagaimana tidak perlu lagi rasa tamparan daripada pengeksploit-pengeksploit, dan bagaimana laluan ini tidaklah begitu panjang. - Baca Lagi -

Vittorio Arrigoni

Tragedi Pejuang Vittorio Arrigoni

Ahad lalu menandakan setahun telah berlalu selepas insiden pembunuhan Vittorio Arrigoni. Lelaki Itali berumur 34 tahun itu telah diculik oleh kumpulan ekstremis dan kemudian mayatnya dijumpai di apartmen kosong kawasan utara Gaza. Kematian beliau telah diratapi ramai rakyat Palestin kerana dirinya merupakan tokoh hebat dalam perjuangan untuk rakyat Palestin. - Baca Lagi -

090330110243Tawfiq_Zayyad300309

‘Unadikum’ oleh Tawfiq Zayyad

Tawfiq Zayyad merupakan ahli politik, penyair dan pengarang Palestin. Karya puisinya telah dijadikan inspirasi kepada perjuangan rakyat Palestin. Antara yang paling terkenal ialah lagu ‘Unadikum’ yang liriknya diambil daripada puisi beliau. ‘Unadikum’ membawa maksud ‘aku seru pada semua’ untuk memberi gambaran kepada dunia tentang kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin. - Baca Lagi -

ahmadinejad

Iran dengan Dunia Barat

Pada malam Rabu lalu sekitar pukul 11 malam waktu Malaysia, saluran Al- Jazeera menyiarkan siaran langsung suatu majlis bersejarah dari Teheran. Ia bermula dengan ceramah politik oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad dengan beliau menghujahkan tentang sejarah serta politik kedaulatan negaranya. Tidak ada yang aneh tetapi ceramah itu memberi paparan jitu tentang pendirian Teheran mengenai isu-isu politik semasa. - Baca Lagi -

musim bunga arab

Tuhan Menentukan Sejarah

Manusia merancang tetapi Tuhan menentukan. Rancangan manusia terhad kepada apa yang diketahui sementara penentuan Tuhan menyeluruh kepada semua sistem makhluk.

Maka tidak ada seorang pun manusia menjangka akan tercetusnya kebangkitan rakyat Arab yang kini dikenali sebagai Musim Bunga Arab. - Baca Lagi -

ancaman kristianisasi

Ancaman Kristianisasi terhadap Umat Islam

Tidak lama dahulu, ada satu laporan memberitahu bahawa sekumpulan militan Islam bernama Boko Haram telah membakar gereja di Nigeria.

Reaksi dunia Barat ialah bukan saja mengutuk serangan itu tetapi memburuk-burukkan umat Islam dengan menggambarkannya sebagai masyarakat tidak toleran terhadap penganut agama lain. - Baca Lagi -

kristianisasi

Gerakan Kristianisasi sasarkan pada Asia dan Afrika

Walaupun Eropah menjadi benua Kristian dengan memiliki warisan agama itu secara zahir seperti adanya gereja-gereja lama, tetapi realitinya, majoriti sudah menjadi atheis.

Justeru, benua yang menjadi tonggak pada agama Kristian ialah Amerika. Keseluruhan benua itu, utara dan selatan adalah Kristian. Sementara negara utama Kristian adalah Amerika Syarikat. - Baca Lagi -

fatah hamas

Perpaduan Hamas-Fatah

Lega rasanya apabila Persetujuan Mekah dicapai antara Hamas dan Fatah bagi tujuan menubuhkan kerajaan perpaduan. Tahniah wajar diberikan kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang berusaha menjadi orang tengah dalam perselisihan Hamas-Fatah yang telah pun mengorbankan pejuang mereka sendiri dan hampir menyeret Palestin ke dalam kancah perang saudara, sedangkan musuh mereka iaitu Israel terus bermaharajalela. - Baca Lagi -