Pengarang: Zin Mahmud

PRU PERTAMA

Dari Perlis hingga ke Sabah

Kita sudah berjaya

Beza antara kini dengan dulu: Daripada konfrontasi Indonesia dan perebutan Borneo Utara oleh Filipina hinggalah kepada perpecahan dengan Singapura.

PILIHAN raya umum pertama yang kusedari dalam hidupku ialah pada tahun 1964. Ketika itu tentunya aku tidak tahu itu tahun 1964. Maklumlah aku baru berusia lima tahun. Aku pun tidak tahu ia adalah Pilihan Raya Umum Pertama Malaysia, masa itu termasuk Singapura. Malaysia baru setahun jagung ditubuhkan.

Hanya tiga perkara yang aku ingat mengenai pilihan raya itu. Pertama, poster-poster berlambang kapal layar bertampal meriah di pohon-pohon kelapa di kampungku, Parit Linau Besar di Johor. Kedua, aku dengar orang kata, kalau hendak kekal dapat pergi haji dengan aman, undilah kapal layar. Ketiga, masa hari mengundi, aku berdiri di tepi parit sebelah titi batang pinang menghala rumah nenek aku. Kedua-dua ibu dan nenekku berpakaian indah dengan selendang putih menunggu kereta untuk ke pusat membuang undi. - Baca Lagi -

Pengganas Nusantara

Pengganas Nusantara

Adakah apabila Azahari Husin dan Noordin Mat Top terkenal sebagai dalang pembuat dan meletus bom dalam serangan-serangan pengganas di Indonesia, maka dilihat bahawa Malaysia merupakan tempat melahirkan penjenayah-penjenayah seperti itu? Sememangnya kedua-duanya, warga Malaysia itu memalukan umat Islam dan rakyat negara ini. Tetapi itu tidaklah bermakna negara ini tempat menghasilkan pengganas apa lagi tempat latihan. - Baca Lagi -

Soren Kierkegaard Present Age

Lemas dalam Kebanjiran Maklumat

Sungguh sukar untuk mencari restoran biasa yang tidak ada televisyen. Kalau restoran mewah dan eksklusif mungkin baru tidak ada televisyen. Saya hendak makan dengan tenang, bersembang secara bertumpu, tanpa gangguan daripada televisyen. Tetapi restoran mamak atau tomyam, rata-rata pasti mempunyai televisyen. Seolah-olah televisyen itu menjadi salah satu menu wajib dalam restoran itu. Mungkin juga pengendali restoran percaya bahawa tanpa televisyen, tidak akan ada pelanggan. Atau memang pun manusia sekarang memerlukan televisyen di depannya ketika makan.  - Baca Lagi -

Peta Bahasa Nusantara

Menyuburkan Bahasa, Menyemarakkan Pemikiran

Banyak bahasa di dunia yang kini sudah tiada. Termasuklah bahasa-bahasa besar seperti Latin dan Sanskrit. Kini banyak perkataan Latin terdapat dalam bahasa Itali, Sepanyol, malah juga Inggeris. Begitu juga dengan Sanskrit. Perkataan-perkataan dari bahasa itu turut diwarisi bukan saja ke dalam Hindi tetapi juga ke dalam bahasa Melayu, Thai dan Khmer. Ini kerana Sanskrit pernah menjadi bahasa pemikiran di Nusantara ketika wilayah ini menganut Hindu dan Buddha. Setelah datangnya Islam, maka pemikiran wilayah ini kuat dipengaruhi bahasa Arab. - Baca Lagi -

Tamadun Maya

Maya Semata-mata, Bukan Hakikat

Jumaat lalu kaum dan tamadun Maya menjadi terkenal di seluruh dunia. Mereka yang tinggal di semenanjung Yucatan, Mexico itu menjadi tumpuan kerana kalendar purba warisan tamadun maya berakhir pada 21 Disember lalu. Kalendar yang hebat ini bermula dari 11 Ogos 3114 sebelum Masihi. Maka putaran kalendar ini berakhir Jumaat lalu. Ia berakhir dalam zaman tamadun Maya sudah lama dimusnahkan oleh penjajah Sepanyol. - Baca Lagi -

Parlimen Mesir

Pertikaian Draf Perlembagaan

Pergolakan di Mesir dengan berlakunya pertembungan antara penyokong dan penentang Presiden Mohammed Mursi tentu merupakan suatu yang mendukacitakan bagi umat Islam di seluruh dunia. Setelah kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, maka umat Islam mengharapkan Mesir akan bukan saja stabil tetapi maju dan menduduki di tempat yang selayaknya bagi negara penuh bersejarah itu. - Baca Lagi -

Charlie Chaplin dalam Modern Times

Hakikat Kemodenan Dunia

Perkataan moden boleh ditakrifkan secara pelbagai dengan sudut pandangan berbeza yang boleh menyemarakkan perbahasan sehingga tidak ada penghujungnya. Akan tetapi untuk memudahkan perbincangan amat ringkas ini, tafsiran moden yang hendak ditetapkan adalah zaman apabila manusia menilai alam sekelilingnya menurut pemahaman sains. Sains juga mempunyai pelbagai takrifan. Ada yang menyamakan istilah sains dengan ilmu. Perkara ini juga tidak ada penghujungnya. - Baca Lagi -

Lukisan Perang Melaka-Portugis

Andai Melaka Berjaya

Dalam buku Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (2008), penulisnya Datuk Zahari A. Rashid ada menulis seperti berikut: 

Buku Abdullah Munsyi

“Penulis pernah melihat sendiri sebuah lukisan yang dipamerkan di Military Museum, Lisbon dalam lawatan pada tahun 1970-an. Lukisan itu menggambarkan adegan pertempuran askar Portugis dengan hulubalang Melayu di kaki bukit Melaka. Pada latar belakang lukisan tersebut jelas kelihatan sebuah masjid yang dibina daripada batu. Rombongan kami telah ditunjukkan juga sepucuk meriam yang luar biasa panjangnya yang telah diangkut balik oleh Portugis dari Melaka.” - Baca Lagi -

Nostalgia Merdeka

“Esok Jangan Panggil Kami Tuan”

Khamis lalu, 30 Ogos 2012, aku membawa ayahku ke RSAT untuk pemeriksaan kesihatan berkalanya. RSAT adalah panggilan askar terhadap hospital mereka di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur. Ia kependekan kepada Rumah Sakit Angkatan Tentera. Sebenarnya itu nama lama. Mana ada orang sekarang panggil hospital rumah sakit. Nama kini ialah Pusat Perubatan Kementah (Kementerian Pertahanan). Kalau aku masuk ke pintu pengawal dan memberitahu askar bertugas itu bahawa aku mahu pergi ke hospital, dia akan jawab “Apa?”. Jadi aku kena sebut “RSAT”. - Baca Lagi -

Erdogan dan Isteri

Ikon dan Wanita

Apa makna ikon? Asalnya ia merupakan istilah yang berkaitan agama. Seperti juga idola. Perkataan idola kini sudah digunakan dengan meluas. Maknanya ialah orang yang dipuja, Seringkali ia merujuk kepada selebriti hiburan atau sukan walaupun ia boleh juga digunakan untuk bidang lain seperti politik dan perniagaan. - Baca Lagi -

Merdeka

Merdeka Membawa Maksud Berdikari

GERAKAN kemerdekaan pertama berlandaskan nasionalisme di Asia Tenggara datangnya dari Filipina dipelopori Jose Rizal.

Justeru Filipina menjadi republik pertama Asia Tenggara apabila Emilio Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan dari Sepanyol pada 12 Jun 1898. Tetapi Sepanyol yang kalah perang dengan Amerika Syarikat telah menjual Filipina dengan harga AS$20 juta. Serta merta Washington menolak kemerdekaan itu. Hanya selepas Perang Dunia Kedua, barulah Filipina merdeka. Namun begitu Parti Federalista tidak mahu merdeka. Mereka mahukan Filipina masuk Amerika Syarikat. - Baca Lagi -

Dunia Kiamat

Evolusi Pemikiran Kiamat dan Akhirat

KIAMAT. Al-Quran menceritakan mengenai kiamat. Dengan hadis, kisah mengenai kiamat lebih panjang. Dalam tradisi agama Yahudi dan Kristian, kisah kiamat juga tidak jauh berbeza dengan Islam. Tetapi dalam agama Hindu, Buddha, Tao, Kungfutze, tiada konsep kiamat seperti agama ahlul kitab. Mereka percaya kepada kitaran karma, orang mati dilahirkan semula berkali-kali. - Baca Lagi -

Ibarat Rupa Persimpangan Dunia

Rupa Persimpangan Dunia Kini

Sabtu lepas, majlis pembukaan temasya sukan Olimpik dianggap paling bersejarah dari segi gilang-gemilangnya. London boleh senyum bergaya. Pesta Olimpik merupakan perhimpunan kemanusiaan terbesar yang berjaya menyumbangkan perasaan kesejagatan sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik melalui semangat kesukanan. - Baca Lagi -

Nostalgia 1968

Hidupku Dikelilingi Wanita

Suasana yang sering aku kenang-kenang dan berasa seronok untuk diingati ialah ketika aku berusia antara dua hingga lima tahun. Sememangnya banyak perkara dalam waktu itu, kebanyakannya sudah kita lupa. Ia merupakan waktu-waktu hayat manusia yang sudah dilupakan. Seolah-olah otak manusia membenamkan saja memori waktu usia yang istimewa itu. - Baca Lagi -

Hasan_Al_Banna_by_rainattack

Pahit Manis Kemenangan Mursi

Kejayaan wakil Ikhwanul Muslimin, Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir adalah bersejarah, penuh harapan tetapi ia adalah kemenangan pahit dengan menghadapi cabaran berlapis-lapis. Paparan dari media antarabangsa menunjukkan rakyat Mesir bergembira dengan kemenangan beliau dan penyokong-penyokong Ikhwan melakukan sujud syukur. Perkembangan bersejarah itu, bukan saja bagi Mesir tetapi juga bangsa Arab, rantau Timur Tengah dan umat Islam. - Baca Lagi -

Kepelbagaian agama

Agama Elit kepada Agama Rakyat

Manusia pada awalnya hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil, berburu dan mengutip buah-buahan untuk makanan. Dari zaman awal ke zaman akhirnya. Manusia berubah apabila pandai bercucuk tanam. Perubahan daripada kehidupan berburu kepada pertanian adalah suatu perkembangan besar yang sehingga hari ini masih dikaji puncanya oleh ahli-ahli anthropologi. Banyak teori dikemukakan mengenai perubahan daripada perburuan kepada pertanian. - Baca Lagi -

Wanita di Pasar

Wanita Penggerak Ekonomi

SUKA tidak suka, ia sedang berlaku. Dunia menghadapi kemelesetan ekonomi, akhirnya sampai juga ke negara ini. Banyak orang hilang pekerjaan. Perempuan dan lelaki, yang akhirnya akan menyusahkan kehidupan keluarga. Kalau sudah tiada pekerjaan, tentu hilang pendapatan. - Baca Lagi -

Lukisan Michelangelo ' The Creation of Adam' menurut Tradisi Barat
Lukisan Michelangelo ' The Creation of Adam' menurut Tradisi Barat

Bapa Segala Manusia

SEMPENA Hari Bapa yang lalu, maka eloklah diperingati bapa segala manusia, Nabi Adam a.s. Perkahwinannya dengan Siti Hawa mendatangkan zuriat, lelaki dan perempuan yang menjadi nenek moyang semua manusia di muka bumi. Jadi apabila disebut Hari Bapa, ia bukan saja merujuk kepada bapa tetapi juga bapa kepada bapa, iaitu datuk dan bapa kepada datuk, iaitu moyang, dan seterusnya secara bertali arus sebagai kepada Adam, manusia pertama dunia. - Baca Lagi -

Ihya Ulumuddin

Menjadi Al-Ghazali dan As-Syafii

LAGU puisi Damai Abadi berkumandang di radio. Inti kepada lagu ini ialah pencariannya terhadap ilmu dan bukannya wang serta harta benda. Adalah indah cara pemikiran sebegini. Sememangnya terdapat manusia yang mempunyai kecenderongan terhadap ilmu, iaitu dalam erti kata yang luas; dan bukannya harta benda untuk berfoya-foya dan bersenang lenang. Bagi yang mencintai ilmu, bersenang-lenang itu bermaksud bergelumang jiwa dan raga dalam ilmu. - Baca Lagi -

Hargai Isteri

Hargai Isteri

PERTAMANYA, aku maafkan segala kesalahan dan kesilapan isteriku. Bagi seorang suami kesilapan dan kesalahan isteri yang terbesar adalah apa-apa yang menimbulkan rasa cemburu. Lain-lain kesalahan seperti melawan cakap suami adalah perkara kecil. Begitu juga perbuatan seperti malas masak atau seterika baju. - Baca Lagi -

Sains, Fahaman Tradisi dan Agama

Ada empat perkara berhubung dengan agama, fahaman tradisi, sains dan Islam yang menarik untuk dibahaskan.

Agama adalah kepercayaan berhubung dengan ketuhanan. Oleh kerana agama merupakan bidang yang amat tua dalam sejarah tamadun manusia, maka ia mewarisi fahaman tradisi tentang kejadian. Sementara sains adalah bidang baru yang ditemui manusia hanya selepas kurun ke-18, iaitu lepas manusia melalui proses Renaisans, Enlightenment dan Revolusi Sains. Walaupun sains mempunyai susur galur purba daripada peradaban Sumeria, Mesir Tua, Yunani, Rom dan Islam, tetapi bidang yang difahami hari ini terbentuk hanya selepas Renaisans di Itali dan Enlightenment di Barat. - Baca Lagi -

Imaginasi Pelukis Tentang Kuil Sulaiman

Masjidil Aqsa dan Kuil Sulaiman

SEJARAH silam boleh dilihat daripada dua sudut. Dari kaca mata Islam, atau dari kaca mata Barat. Bagi dunia Barat, mereka mengenali Raja Sulaiman yang dipanggil sebagai King Solomon sebagai raja orang Yahudi yang membina rumah ibadatnya, tentunya beragama Yahudi, yang dikenali sebagai Solomon’s Temple. Tentu apabila diterjemah, ia dalam bahasa Melayu, ia menjadi Kuil Sulaiman. - Baca Lagi -

Cendiakawan Islam Membaca

Peradaban Melalui Gila Buku

Komuniti buku boleh juga disebut dengan nama umat buku, atau umat kitab; maknanya sekumpulan manusia yang terlibat buku secara banyak. Sememangnya dalam zaman ini, hampir semua orang sedikit sebanyak pasti mempunyai hubungan dengan buku. Tetapi komuniti buku adalah segolongan orang dalam masyarakat yang hidupnya lebih banyak masa dan perhatian diberikan terhadap buku. - Baca Lagi -

Isu Pendidikan Seks

Pendidikan Seks Dalam Soal Menangani Gejala Sosial

Isu memperkenalkan pendidikan seks timbul apabila berlaku luasnya gejala pembuangan bayi khususnya dalam kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Maka pendidikan seks yang hendak diperkenalkan ialah bagi menyedarkan remaja khususnya perempuan mengenai kemungkinan berlakunya kehamilan yang boleh mendatangkan masalah. - Baca Lagi -

Politik Emosi

Politik Emosi Cemarkan Demokrasi

Dalam menyifatkan demokrasi sebagai sistem politik terbaik, ia mempunyai beberapa kelemahan yang boleh membawa kacau-bilau kepada negara jika tidak diurus dengan bijak. Antara kelemahan itu ialah apabila keputusan majoriti tidak mendatangkan kebaikan kerana ia dibuat atas dorongan emosi orang ramai, dan bukannya atas pertimbangan rasional. - Baca Lagi -

Islam

Tuhan Untuk Semua Makhluk

Apa perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain? Bagi umat Islam, Islam adalah agama yang benar sementara agama lain ialah palsu. Bila bermulanya agama Islam? Adakah ketika Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu atau sebelumnya? Dalam tradisi Islam memang jelas bahawa Rasulullah SAW bukan pembawa agama baru. Baginda hanya menjadi penyambung dan pelengkap para nabi. Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir. - Baca Lagi -

Barat tentang Moral Islam

Pertikaian Terhadap Moral Islam

Sejak akhir-akhir ini banyaklah usaha di Barat yang memperlihatkan kebencian mereka terhadap Islam dengan projek-projek yang sengaja diada-adakan untuk menghina agama mulia ini. Salah satunya ialah buku yang mengisahkan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina Aishah dengan menunjukkan betapa Ummul Mukminin itu adalah seorang kanak-kanak. - Baca Lagi -

Tauhid

Alam Semula Jadi dari Sudut Tauhid

Apabila dalam bahasa Inggeris disebut dengan istilah nature, maka seringkali ia diterjemahkan kepada alam semula jadi. Istilah nature senang hendak diterima kerana ia merujuk kepada keadaan alam, yang sudah tentunya merupakan ciptaan Ilahi. Tetapi apa yang menjadi masalah ialah istilah alam semula jadi. Ia merujuk seolah-olah alam ini terjadi dengan sendiri. - Baca Lagi -

Ibnu Sina

Penindasan Intelektual

Sebab apa walaupun sudah berkurun-kurun berlalu, gelaran yang disebut sebagai zaman keemasan Islam masih diletakkan pada masa pemerintahan Khilafah Abasiah berpusat di Baghdad dan Khilafah Umayah berpusat di Andalusia? Pemerintahan Khilafah Abasiah di Baghdad dan Umayah di Andalusia berlangsung pada waktu yang hampir-hampir serupa. - Baca Lagi -

third-international-communist-meeting

Kecewa Dengan Kekejaman Manusia

Ada seorang insan bernama Zahir. Bukan nama sebenar tetapi untuk memudahkan penceritaan, begitulah dia diberi nama untuk melindungi identitinya. Dalam usia sekitar awal 50-an dan berminat mengenai soal-soal politik, falsafah dan agama. - Baca Lagi -

Idea dikandung buku
Idea dikandung buku

Haramkan Buku Bukan Cara Islam

ADAKAH mengharamkan buku merupakan amalan Islam? Umumnya negara-negara Islam di seluruh dunia mengawal penerbitan buku. Malah hampir setiap negara Islam mengharamkan buku-buku tertentu. Ada kriteria bagi pengharaman itu. - Baca Lagi -

Kesucian Tamadun Islam

Islam Memiliki Tamadun Suci

Keunikan Islam

Islam mempunyai corak pemikiran yang indah, ringkas dan mudah. Ini bukan retorik tetapi cubalah menilai lima konsep Islam ini: Tauhid, Nubuwaah, Kiblat, Kitab dan Khilafah/Imam. - Baca Lagi -

Jodoh di tangan siapa

Jodoh di Tangan Siapa?

Orang kata jodoh di tangan Tuhan. Seringkali dirangkaikan pula dengan kata-kata, hidup mati, jodoh pertemuan dan rezeki di tangan Tuhan. Tetapi mengapa jodoh, kematian dan rezeki saja di tangan Tuhan? Tidakkah semua perkara yang berlaku adalah ketentuan dari Tuhan? - Baca Lagi -

steve jobs 2

Islam di sebalik tabir Steve Jobs

Pengasas syarikat komputer Apple yang menghasilkan iPad dan iPhone, Steve Jobs tidak ada hubungan dengan Islam. Mendiang yang meninggal dunia Oktober lalu adalah penganut agama Buddha dan dalam hidupnya pernah mendapat bantuan makanan daripada kumpulan Hindu, Hare Krishna di California, Amerika Syarikat. - Baca Lagi -

ahmadinejad

Iran dengan Dunia Barat

Pada malam Rabu lalu sekitar pukul 11 malam waktu Malaysia, saluran Al- Jazeera menyiarkan siaran langsung suatu majlis bersejarah dari Teheran. Ia bermula dengan ceramah politik oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad dengan beliau menghujahkan tentang sejarah serta politik kedaulatan negaranya. Tidak ada yang aneh tetapi ceramah itu memberi paparan jitu tentang pendirian Teheran mengenai isu-isu politik semasa. - Baca Lagi -

musim bunga arab

Tuhan Menentukan Sejarah

Manusia merancang tetapi Tuhan menentukan. Rancangan manusia terhad kepada apa yang diketahui sementara penentuan Tuhan menyeluruh kepada semua sistem makhluk.

Maka tidak ada seorang pun manusia menjangka akan tercetusnya kebangkitan rakyat Arab yang kini dikenali sebagai Musim Bunga Arab. - Baca Lagi -

ancaman kristianisasi

Ancaman Kristianisasi terhadap Umat Islam

Tidak lama dahulu, ada satu laporan memberitahu bahawa sekumpulan militan Islam bernama Boko Haram telah membakar gereja di Nigeria.

Reaksi dunia Barat ialah bukan saja mengutuk serangan itu tetapi memburuk-burukkan umat Islam dengan menggambarkannya sebagai masyarakat tidak toleran terhadap penganut agama lain. - Baca Lagi -

kristianisasi

Gerakan Kristianisasi sasarkan pada Asia dan Afrika

Walaupun Eropah menjadi benua Kristian dengan memiliki warisan agama itu secara zahir seperti adanya gereja-gereja lama, tetapi realitinya, majoriti sudah menjadi atheis.

Justeru, benua yang menjadi tonggak pada agama Kristian ialah Amerika. Keseluruhan benua itu, utara dan selatan adalah Kristian. Sementara negara utama Kristian adalah Amerika Syarikat. - Baca Lagi -

fatah hamas

Perpaduan Hamas-Fatah

Lega rasanya apabila Persetujuan Mekah dicapai antara Hamas dan Fatah bagi tujuan menubuhkan kerajaan perpaduan. Tahniah wajar diberikan kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah yang berusaha menjadi orang tengah dalam perselisihan Hamas-Fatah yang telah pun mengorbankan pejuang mereka sendiri dan hampir menyeret Palestin ke dalam kancah perang saudara, sedangkan musuh mereka iaitu Israel terus bermaharajalela. - Baca Lagi -