Cloudfable adalah sebuah majalah penerbitan web ‘nonpartisan’ yang menerbitkan sebarang pengiriman artikel atau karya kreatif sama ada fiksyen atau bukan fiksyen dalam mana-mana bentuk: tulisan, lukisan, video, muzik, lagu dan lain-lain. Segala sumbangan dalam bentuk fiksyen seperti novel, novella, cerpen, dan puisi juga sangat digalakkan. Kami juga ingin menjemput sesiapa yang mahu menerbitkan sebarang hasil seni seperti fotografi, grafik visual, video dan sewaktu dengannya.

[one_half_last]Cloudfable mahu membangkitkan minda masyarakat melalui hubungan sihat antara karya-karya golongan penulis dengan pembaca.[/one_half_last]

[one_third_last]Nama Cloudfable berbahasa Inggeris kerana pada asalnya laman web ini dibina atas dasar peringkat antarabangsa yang mahu menjadi kumpulan awan-awan idea di media sosial. Idea ini tercetus melalui era ‘cloud computing’ dan mahu bersaing di platform media sosial antarabangsa.[/one_third_last]

 

Namun kami sedar pembikinan platform media sosial tidak mampu memberikan sumbangan untuk menaikkan tahap pemikiran masyarakat sendiri. Anggapan kami bahawa tiada jasa yang lebih bernilai daripada terlibat dalam pembangunan masyarakat melalui peranan sebagai pusat atau hab kepada sumber-sumber ilmu.

 

[two_third_last]Beralih kepada masyarakat sendiri, sudah tentu kami menggunakan bahasa ibunda untuk mengayakan kebudayaan dan peradaban masyarakat menerusi karya berbentuk pemikiran.[/two_third_last]

Disebabkan itu kami telah mengukir cogan kata ‘rubrik razum’ di mana rubrik dalam terma pendidikan adalah standard prestasi kepada sesebuah populasi dan razum pula ialah kata dasar bahasa Rusia kepada rasionaliti atau minda. Jadi, rubrik razum boleh dikatakan sebagai taraf minda sesebuah masyarakat yang standard.

 

[one_fourth_last]Inspirasi kami ialah gabungan antara revolusi pencetakan Gutenberg dengan Kota Baghdad semasa zaman Keemasan Tamadun Islam yang menjadi pusat kepada perkembangan saintifik, ilmu pengetahuan dan kebudayaan.[/one_fourth_last]

Tidak lari daripada maksud asalnya, Cloudfable merupakan awan hikayat yang mengandungi ilmu-ilmu yang boleh dicapai. Awan merupakan simbol kepada impian dan cita-cita ataupun kumpulan-kumpulan wap idea yang terkumpul menjadi sekumpulan awan.

[three_fourth_last]Apabila terlalu banyak idea terkandung, turunlah hujan dan hujan merupakan simbol rahmat atau anugerah kepada masyarakat. Melalui pengumpulan ilmu, rahmat akan dianugerahkan kepada masyarakat berilmu. [/three_fourth_last]

Siapa Kumpulan Cloudfable?

Kumpulan Cloudfable menghasilkan laman sesawang berbentuk majalah dalam talian Cloudfable.com dan kemudiannya rangkaian sosial bermanfaat Tribefable.com. Kedua-dua laman web Cloudfable.com dan Tribefable.com diuruskan oleh orang yang sama yang mana mereka menggunakan panji Kumpulan Cloudfable dalam gelanggang pembentukan tamadun dalam masyarakat. Sebenarnya Kumpulan Cloudfable bukan ditubuhkan atas tujuan untuk membangun dan mendidik masyarakat tetapi hendak dibangun dan dididik bersama dengannya.

Sebarang pengiriman karya sangat digalakkan. Karya boleh dihantar sama ada menerusi emel cloudfable@gmail.comKami juga inginkan pandangan, pendapat atau cadangan daripada para pembaca. Segala nasihat atau cadangan akan diterima dan digalakkan bagi kami untuk memperbaiki Cloudfable. Sebarang bentuk cadangan atau pertanyaan boleh dihantar melalui emel cloudfable@gmail.com.